:
PENGENALAN


Usaha-usaha mewujudkan satu sistem Pendidikan Islam Syumul berteraskan al-Quran dan as-Sunnah memerlukan pengembelingan tenaga semua lapisan masyarakat, sama ada ahli politik, ekonomi dan para cendikiawan ke arah mendokong cita-cita dan semangat perjuang Islam.

Pada akhir 2012 beberapa ahli jawatankuasa Maahad Tahfiz Al Quran Darul Muthiah(1) dahulunya dikenali dengan nama Maahad Tahfiz Al Quran Sabil Al Rasyad Lil Banat, telah mengadakan mesyuarat dan telah menyusun peranan tugas dan fungsi bagi merangka sistem pengajian yang cekap ke arah melahirkan sebuah Pusat Pengajian Islam yang terbaik dari aspek pengajian dengan mengambil kira pandangan daripada penasihat-penasihat yang sedia ada. Di samping itu, Ma’had ini juga merangka sistem pengajian yang mantap, baik dari segi Tahfiz al-Qur’an dan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengannya melalui teknik pengajian “talaqqi” dan “tarannum” yang tidak terdapat dalam sistem sekular.


Bermula dari keprihatinan inilah hasrat Pengerusi untuk menghidupkan Ma’had Tahfiz al-Quran Darul Muthiah dimulakan dengan dianggotai oleh ahli-ahli agama yang berpengalaman mengajar, mentadbir dan menguruskan pusat pengajian Islam sebelumnya.

NAMA SEKOLAH ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON:

Nama Ma’had : Ma’had Tahfiz al-Quran Darul Muthiah(1)
No Pendaftaran JAIS : JLD 4 (066)
NO. Akaun : MAYBANK
Maahad Tahfiz Al Quran Darul Muthiah(1)
No.akaun: 562106660508

Alamat : No.61, Jalan Gunung Nuang U11/28,
Bukit Bandaraya, Seksyen U11
40170, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Alamat surat-menyurat : No. 7, Jalan Pilus Dua 27/24B, Seksyen 27
40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Telefon : +6012 -2023024
Emel : nunature@yahoo.com