:
SENARAI%20BARANG%20ASRAMA


 

SENARAI BARANG ASRAMA YANG PERLU DIBAWA BAGI PELAJAR PEREMPUAN (2017)

 

BIL

BUTIRAN

KUANTITI

1

BANTAL

1

2

SELIMUT

1 HELAI

3

TELEKUNG

2 PASANG

4

BALDI DAN GAYUNG

1

5

BERUS BAJU

1

6

PENYANGKUT BAJU

10

7

SABUN BASUH BAJU ( CECAIR SAHAJA ) DAN PEWANGI

1

8

STOKIN MUSLIMAH ( KAKI/TANGAN)

3 PASANG

9

KASUT SUKAN

1 PASANG

10

BED PROTECTOR ( JIKA PERLU)

1

11

GAMBAR PASPORT/KAD PENGENALAN

2 KEPING

12

UBAT-UBATAN

MENGIKUT KEPERLUAN

13

SURAT PENGESAHAN SAKIT DARIPADA DOKTOR

SEKIRANYA ADA

14

PAKAIAN TIDUR ( YANG MENUTUP AURAT )

2 HELAI

15

BAJU KURUNG/ JUBAH

3/4 HELAI

16

T-SHIRT MUSLIMAH

3 HELAI

17

SANDAL

1 PASANG

18

*CADAR & SARUNG BANTAL ( APA-APA WARNA  )- BELI SENDIRI

2

19

KAIN BASAHAN

2 HELAI

20

TUDUNG LABUH

4 HELAI

21

TRACKSUIT / SELUAR SUKAN

3 HELAI

22

TUALA

2 HELAI

23

TOILETRIES

SELENGKAPNYA

24

PAKAIAN PERIBADI

MENGIKUT KEPERLUAN


PERINGATAN

  1. Pelajar tahfiz tidak dibenarkan meminum minuman bergas dan makan makanan ringan yang mengandungi banyak bahan pengawet. Pastikan keperluan makanan mempunyai logo halal JAKIM.
  2. Bekalkan kismis, madu, habbatus sauda .
  3. Bawa botol air minuman.

BARANG LARANGAN YANG TIDAK BOLEH DIBAWA KE ASRAMA (SETIAP BUKU/NOVEL/MAJALAH PERLU MENDAPAT KEBENARAN USTAZAH)

  1. ALAT SOLEK SEPERTI GINCU BIBIR
  2. SELUAR JEANS DAN BAJU GAMBAR ARTIS
  3. TELEFON BIMBIT, ROKOK, KOMIK,MAJALAH HIBURAN, NOVEL CINTA, BUKU CERITA HANTU DAN LUCAH, GAMBAR-GAMBAR MELAMPAU, POSTER ARTIS.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ASRAMA

  1. Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan barang elektrik.
  2. Menjaga akhlak dan adab sepanjang berada di asrama.
  3. Menjaga kebersihan.
  4. Menjaga aurat setiap masa dan keadaan walaupun ketika berada di dalam asrama.
  5. Tidak menggunakan bahasa yang kasar apabila bergaul dengan rakan. Perkataan mencarut sama sekali dilarang. Mengunakan bahasa yang baik dan sopan pada setiap masa.
  6. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah sangat dilarang.
  7. Ketepatan masa amat diutamakan.
  8. Memberi perhatian dan peka dengan pengumuman dan arahan.
  9. Kehadiran dalam aktiviti asrama adalah wajib dan direkodkan. Sila dapatkan izin daripada warden sekiranya  sakit atau perlukan pengecualian.
  10. Kawasan asrama adalah kawasan larangan sewaktu kelas atau aktiviti sedang berjalan.
  11. Hanya dibenarkan makan di kawasan yang disediakan.
  12. Menghormati warden dan guru-guru
  13. Tidak berkumpul untuk menceritakan keburukan seseorang atau berbual yang tidak mendatangkan sebarang faedah
  14. Tidak bercakap kuat dan mengganggu orang lain terutama semasa tidur.
  15. Dilarang masuk ke dalam pejabat sekolah dan bilik warden tanpa izin.
  16. Sebarang masalah sila rujuk kepada warden.
  17. Tidak boleh keluar daripada kawasan asrama kecuali dengan izin warden/ustazah yang bertugas.
  18. Pelajar melakukan khailullah antara jam 12.00-1.00ptg dan bangun mengambil wuduk sebelum azan zohor
  19. Pelajar mesti berada diruang solat sebelum azan berkumandang, sebaik selepas azan pelajar hendaklah solat sunat sebelum zohor dahulu.
  20. Sebarang pelanggaran undang-undang akan dikenakan tindakan yang amat tegas.
  21. Barang berharga tidak dibenarkan seperti emas dan nilai wang saku yang dibenarkan untuk dibawa adalah sebanyak RM10 seminggu. Sekiranya pelajar membawa wang yang lebih sila serahkan kepada warden.
  22. Seluar jeans dan legging tidak dibenarkan.
  23. Tudung bidang 50 inci/Tudung labuh melepas perut  sahaja dibenarkan.
  24. T-shirt perempuan mestilah longgar dan labuh sehingga paras lutut.
  25. Tidak dibenarkan membawa t-shirt ketat yang tidak mempunyai tulisan atau gambar.
  26. Semua barang dan pakaian hendaklah ditulis nama.
  27. Pelajar hanya dibenarkan balik pada waktu BBM sahaja atau outing mengikut jadual.

 PERATURAN OUTING DAN BALIK BERMALAM (BBM)

  1. Pelajar hanya dibenarkan outing pada waktu yang ditetapkan bersama ibubapa sebagaimana jadual.
  2. Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan ibu bapa dengan kebenaran warden bertugas dengan mengisi borang.
  3. Masa outing adalah antara jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.
  4. Pelajar perlu melaporkan diri dan mendapatkan tandatangan warden bertugas setiap kali keluar dan masuk asrama.
  5. Pelajar perlu memakai pakaian menutup aurat ketika keluar dari asrama.
  6. Waktu balik bermalam (BBM) adalah antara selepas Jumaat hingga Ahad petang.
  7. Jadual outing dan BBM adalah sebagaimana didalam taqwim Maahad yang akan diedarkan semasa pendaftaran pelajar sesi 2017.
  8. Pelajar dan ibubapa perlu akur dengan jadual yang telah ditetapkan.