:
SEJARAH%20PENUBUHAN


Ditubuhkan pada awalnya atas nama Maahad Tahfiz Al Quran Sabil Al Rasyad Lil Banat oleh beberapa sukarelawan/jawatankuasa, yang telah mengenalpasti peranan,tugas dan gerak kerja serta merangka satu sistem pengajian tahfiz yang lengkap serta mengambil kira keperluan dan kehendak semasa dari penasihat-penasihat yang berpegalaman dalam bidang Tahfiz. Di samping itu, Pengerusi Maahad sendiri telah pun mempunyai konsep serta teknik pengajian dan hafazan yang berbentuk Talaqqi dan Tasme` yang terbukti berkesan terhadap pengukuhan al-Quran untuk jangka panjang.

Bermula dari keinsafan inilah serta hasrat masyarakat yang inginkan supaya ditubuhkan satu Ma`had Tahfiz yang dapat menampung keperluan tersebut, maka terbentuklah jawatankuasa Maahad Tahfiz AL Quran Darul Muthiah (1 yang di anggotai oleh ahli-ahli agama, bekas pegawai kerajaan, individu tertentu dan penduduk setempat. Seminggu pengajian telah dapat dijalankan dengan terkumpulnya seramai 5 orang pelajar dari sekitar Shah Alam.

Kini Maahad Tahfiz mempunyai lebih dari 60 pelajar di 3 cawangan berasingan dan telah menukar nama kepada Maahad Tahfiz Al Quran Darul Muthiah(1) pada 20 Februari 2018. Bagaimana pun beberapa ahli Lembaga Jawatankuasa Sukarela Maahad Tahfiz masih lagi kekal memegang jawatan masing-masing bagi memastikan maahad tahfiz berjalan lancar dan menjaga kebajikan pelajar serta pengurusan, mengikut arus pendidikan tahfiz kebangsaan.